Hari ketiga di Sabah, hujan turun membasahi bumi Ranau, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk mengunjungi dan menjalankan aktiviti di Air Panas Poring seperti yang telah direncana sebelum ini. Tetapi kami telah memilih untuk mengunjungi ladang teh Sabah Tea terlebih dahulu yang terletak di lereng bukit di jalan menuju ke Telupid dan Sandakan. Ketika di dalam kereta, hujan sudah pun mulai reda.
Pada mulanya kami seakan mahu berpatah balik selepas menempuh satu perjalanan yang agak jauh, tetapi aku tiba-tiba ternampak ladang teh itu. Kami kemudian membelok ke pintu masuk ke ladang itu dan menikmati pemandangan indah di ladang teh itu. Ladang teh itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan ladang-ladang teh di Cameron Highlands. Seketika kemudian kami meninggalkan ladang teh itu dan terus menuju ke pusat ternakan ikan kelah Kampung Luanti yang terletak kira-kira 100 meter dari simpang ladang teh. Namun kami hanya melihat-lihat sahaja pusat itu memandangkan kami berpakat untuk segera menuju ke Poring.Selepas mendapatkan tiket, kami mula mendaki bukit menuju ke tempat permulaan titian kanopi. Kami mula perasan bahawa kami berada di bawah pokok-pokok besar yang dahan-dahan dan daun-daunnya seperti bertaup seakan-akan membentuk kanopi. Sepuluh minit kemudian, kami telah pun tiba di titian pertama. Seorang petugas memeriksa tiket-tiket kami sebelum membenarkan kami meniti titian itu. Ketika itu hanya dua kumpulan sahaja yang berada disitu iaitu kumpulan aku dan Rodhi serta satu kumpulan lagi yang terdiri daripada seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan.
Dari atas jambatan, kami dapat melihat pucuk pokok dengan lebih dekat lagi. Kami juga dapat melihat air terjun dan juga juga pohon-pohon renek yang tumbuh dipermukaan lantai hutan.
Sesuatu yang menarik mengenai air terjun ini adalah kerana terdapat ikan-ikan kecil sebesar berudu yang memberi khidmat ‘urut’ secara percuma. Tidak sampai lima minit, berbelas-belas ekor ikan kecil mula menghampiri kami dan ‘mengurut’ kaki kami. Aku sendiri pun tidak pasti sama ada ikan-ikan kecil itu menggigit-gigit kecil kaki kami ataupun merayap pada kaki untuk merasai haba pada permukaan kulit. Ianya tetap menggelikan, namun masih berbaloi kerana jika di bandar kita perlu membayar sehingga RM50 untuk ‘urutan’ ikan seperti ini.
Air Terjun Kipungit mendapat nama daripada nama sebuah gua iaitu Gua Kelawar yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari air terjun itu. Kipungit adalah perkataan Dusun yang bermaksud kelawar. Gua Kelawar tidak kami kunjungi memandangkan kami perlu mendaki bukit dan merentas denai yang kurang dijejaki pengunjung. Menggunakan denai yang sama, kita boleh sampai ke sebuah air terjun yang terletak kira-kira 1.5 kilometer ataupun 90 minit pendakian dari Air Terjun Kipungit iaitu Air Terjun Langganan.
Selepas puas bermain air dan ikan, kami berkemas-kemas menuju ke kolam air panas. Ramai pengunjung yang sudah memenuhi kolam-kolam dan kolah-kolah yang disediakan. Terdapat kolah-kolah yang disediakan pondok beratap untuk keselesaan pengunjung. Aku memilih satu kolah dan mula memasang paip untuk memenuhi kolah dengan air. Ada dua paip dimana satu paip untuk air panas dan satu lagi adalah air sejuk yang diperolehi dari sungai berdekatan. Pengunjung boleh menyeimbangkan suhu air yang ditakung mengikut citarasa masing-masing.“Bro, aku tengah tunggu van. Dalam pukul 4 lebih aku sampai tempat hang. Malam ni aku tidur rumah hang”, telefon aku memberitahu Shuk.
“Okey bah kalo ko. Dah sampai contact aku”, jawab Shuk yang sebelum itu ada menelefon aku tapi tak sempat aku jawab.
Hujan turun apabila kami tiba di Kundasang dan berlarutan sehinggalah kami sudah jauh meninggalkan kawasan tanah tinggi. Akhirnya kami tiba di pekan Tamparuli sekitar jam 4.30 petang. Tamparuli merupakan sebuah pekan ‘koboi’ yang agak meriah dan agak berdebu. Dikatakan nama Tamparuli berasal daripada perkataan ‘tempat lori’ yang akhirnya berubah sebutannya menjadi Tamparuli. Suatu masa dahulu Tamparuli menjadi tempat persinggahan lori-lori askar British menjadi sejarah kepada namanya. Satu binaan yang terkenal di tempat ini adalah Jambatan Tamparuli yang turut dijadikan lagu masyarakat tempatan. Jambatan ini pula merintangi Sungai Kiulu yang terkenal dengan aktiviti ‘water rafting’ yang mana aktiviti rekreasi ini dapat dijalankan kira-kira 15 kilometer dari pekan Tamparuli.
Beberapa minit kemudian, Shuk datang bersama motosikalnya menjemput kami. “Shuhairi tadak. Aku terpaksa jemput hangpa sorang-sorang”, kata Shuk. “Aku takde hal. Tapi sori bro. Aku terlupa beli sinalau bakas (b*bi salai) untuk hang”, gurau aku. Shuk hanya ketawa.
Malam itu adalah malam makan besar bagi kaum cina sempena Tahun Baru Cina. Shuk dan Azhar membawa kami ke Alam Mesra berhampiran Kompleks 1 Borneo untuk ‘makan besar’ di sebuah restoran disana. Kemudian kami dibawa ke pasar malam berhampiran Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja pasti rambang mata melihat lambakan kerongsang bertatah mutiara, butang baju melayu, cenderamata-cenderamata dan juga t-shirt yang boleh diperolehi dengan harga yang murah disitu.Aku membeli kerongsang, butang baju melayu dan juga ‘fridge magnet’. Harga boleh dirunding mengikut kecekapan pelanggan tawar-menawar dengan peniaga. Selepas itu kami bersiar-siar di waterfront di Sinsuran sehingga lewat malam.
Kami memilih untuk menjejakkan kami ke tiga pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Harga yang dikenakan adalah RM50++ termasuk harga tiket konservasi RM3 bagi setiap pulau yang dikunjungi. Selepas berurusan di kaunter kami hanya perlu menunggu beberapa minit sebelum ‘juragan’ bot kami memanggil untuk memulakan perjalanan.
Apabila tali mula dilepaskan dan kami mula melayang, aku menjerit keterujaan. Beberapa ketika kemudian kami berada kira-kira 30 hingga 50 meter dari aras laut. Angin menerpa kami dan apabila bot semakin laju, semakin tinggilah payung kami. Lima belas minit di udara cukup mengujakan. Kami dapat melihat panorama Kota Kinabalu ketika terawang-awang di udara. Menurut pengendali parasailing itu, tali yang dilepaskan adalah sepanjang 150 meter. Dan dia melepaskan keseluruhan 150 meter tali itu.Selepas perut terisi, Shuk dan Shuhairi menghantar kami ke lapangan terbang. Kami juga berbincang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama untuk masa yang akan datang. Aku rasa terlalu cepat masa berlalu. Kami bersalaman dan aku mengucapkan terima kasih kepada Shuk dan Shuhairi.
PANDUAN RINGKAS KE BEBERAPA DESTINASI DI SABAH
Di bawah ini tersenarai beberapa panduan pelancongan (bersama harga tiket) jika anda berminat untuk berjalan-jalan ke Sabah terutama ke Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Mungkin dapat membantu anda dalam mengganggarkan bajet.
-Tempat dan aktiviti menarik di Kundasang selain mendaki Gunung Kinabalu adalah seperti melawat Ladang Lembu Desa Cattle Cow(RM3), Kundasang War Memorial (RM2), Taman Negara Kinabalu (RM3), Mesilau dan Pasar Kundasang.
-Tempat-tempat yang menarik di Ranau termasuklah Air Panas Poring (RM3), ladang teh Sabah Tea dan juga Ikan Kelah Kampung Luanti (RM10 bersama permit kamera RM3). Di Air Panas Poring pengunjung boleh mengunjungi Taman Rama-Rama (RM3) dan Canopy Walk (RM5 termasuk RM3 untuk permit kamera) dan lain-lain tempat yang tidak dikenakan tiket.
-Di Tamparuli, anda boleh menjalankan aktiviti water rafting di Sungai Kiulu dengan kos RM50 hingga RM70 seorang. Jambatan Tamparuli juga merupakan jambatan gantung yang menjadi tarikan pekan itu.
-Di Kota Kinabalu (KK), selain membeli-belah di Kampung Air dan Pasar Filipina, anda boleh melawat Lok Kawi Wildlife Park (RM10 & 25 km dari KK) dan Kampung Kebudayaan Monsopiad (RM55).
-Di Taman Laut Tuanku Abdul Rahman, sekiranya anda hanya berminat untuk mengunjungi satu pulau sahaja, anda hanya perlu membayar RM17++. Terdapat banyak aktiviti rekreasi selain snorkelling dan parasailing termasuklah jet ski, banana split, fly fish dan Sea Walking (RM250 bersama sijil dan sekeping CD gambar yang dirakam dibawah laut). Sea walking adalah penerokaan di dasar laut (5-6 meter di bawah aras laut) dengan berjalan di dasar laut dan memakai helmet khas. Harga sudah semestinya boleh dirunding.
-Sedikit mengenai harga tambang pengangkutan. Harga teksi berkupon dari lapangan terbang ke pusat bandar adalah RM30. Harga selepas tengah malam adalah RM45. Selain van ke Ranau yang mengenakan tambang RM15, terdapat juga kereta Unser ke destinasi yang sama yang mengenakan tambang RM25. Jika harga sewa kereta sewa selama 12 jam di Ranau adalah RM100, harga bagi perjam pula adalah RM20.
-Terdapat banyak hotel bajet di Kota Kinabalu dari harga RM25 ke RM55. Di Ranau terdapat banyak hotel bajet dan penginapan murah yang berharga RM18 ke RM35.

Nota : Terima kasih banyak-banyak pada Shuk, Shuhairi & Azhar. Terima kasih juga buat Bee, Lizawati, Sya & Yani atas segala panduan ke Sabah.
2 ulasan:
you are асtually а gooԁ
webmaster. The website lοading vеlocity is amаzing.
ӏt sort оf feels thаt you're doing any distinctive trick. Furthermore, The contents are masterwork. you've peгformеd a wonԁerful task
on thiѕ topic!
My wеb-site ... whitianga motel
Boleh tahu contact number utk kereta sewa di ranau?
Post a Comment