Nathan Sawaya merupakan seorang peguam di Kota New York. Namun dia meninggalkan kerjayanya itu supaya dapat menjadi pengarca lego sepenuh masa. Bermain dengan bongkah-bongkah kecil Lego sepanjang hari yang merupakan kegemaran kanak-kanak kecil adalah kerja harian Nathan.
Nathan mengarca bongkah-bongkah Lego, membentuk pelbagai arca yang akhirnya menarik perhatian orang ramai. Bentuk patung bersaiz manusia yang menggayakan pelbagai aksi merupakan kegemarannya. Dia kemudiannya mempamerkan hasil karyanya menerusi pameran yang bertajuk 'Brick by Brick' yang dijalankan di sebuah studio di New York.
Nathan dikatakan telah menggunakan lebih 1.5 juta bongkah-bongkah kecil Lego untuk menghasilkan karya seninya. Dia juga melekatkan sebahagian hasil kerjanya itu dengan gam. Apabila ditanya apakah cabaran terbesar sepanjang pamerannya berlangsung, Nathan menjawab "Saya bimbangkan pengunjung mencabut Lego-Lego ini, bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun turut sama geram untuk melakukannya (mencabut Lego)".
0 ulasan:
Post a Comment