Ram Bahadur Bomjon merupakan seorang remaja lelaki yang dilahirkan pada 9 April 1990 di Kampung Ratnapuri, di selatan Nepal. Pada tahun 2005, Ram telah mencetuskan fenomena yang membawa kepada popularitinya bersama polemik tentang dirinya yang didebatkan oleh banyak pihak.
Semuanya bermula apabila Ram yang ketika itu berusia 15 tahun, memutuskan untuk bermeditasi di perdu sebuah pokok yang besar. Bermeditasi merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan penganut Buddha mahupun biarawan, tetapi kelibat Ram selama 10 bulan di perdu pokok itu menyebabkan ribuan pelancong mengunjunginya dan seterusnya mendapat liputan media secara meluas. Dia bermeditasi dalam keadaan bersawai selama 10 bulan tanpa makan dan minum!
Keajaiban ini menyebabkan beberapa penyokong Ram mendakwa bahawa Ram adalah kelahiran semula Buddha, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh penganut agama Buddha yang lain yang menyatakan bahawa Buddha sudah berada di alam nirvana dan tidak mungkin dilahirkan kembali.
Fenomena ini juga menarik perhatian Discovery Channel untuk membuat satu dokumentari khas yang menemukan antara mitos dan sains dalam suatu fenomena yang masih bersifat misteri. Krew Discovery telah ke Nepal pada tahun 2006 untuk merakamkan aksi Ram bermeditasi selama 4 hari 4 malam berturut-turut. Krew itu mendapati selama 96 jam secara berterusan, Ram tidak sesekali mengubah posisinya dan tidak minum walau sedikit pun cecair dan juga tidak menjamah walau sedikit pun makanan. Pemeriksaan yang dilakukan dengan kaedah ‘close-up’ kamera juga mendapati tiada bekalan makanan tersembunyi mahupun paip yang menyalurkan air di perdu pokok itu.
Nota : Catatan atau artikel ini ditulis selepas sagahayat menonton dokumentari yang bertajuk 'The Boy With Divine Powers' di Discovery Channel baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila Ram yang ketika itu berusia 15 tahun, memutuskan untuk bermeditasi di perdu sebuah pokok yang besar. Bermeditasi merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan penganut Buddha mahupun biarawan, tetapi kelibat Ram selama 10 bulan di perdu pokok itu menyebabkan ribuan pelancong mengunjunginya dan seterusnya mendapat liputan media secara meluas. Dia bermeditasi dalam keadaan bersawai selama 10 bulan tanpa makan dan minum!
Keajaiban ini menyebabkan beberapa penyokong Ram mendakwa bahawa Ram adalah kelahiran semula Buddha, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh penganut agama Buddha yang lain yang menyatakan bahawa Buddha sudah berada di alam nirvana dan tidak mungkin dilahirkan kembali.
Fenomena ini juga menarik perhatian Discovery Channel untuk membuat satu dokumentari khas yang menemukan antara mitos dan sains dalam suatu fenomena yang masih bersifat misteri. Krew Discovery telah ke Nepal pada tahun 2006 untuk merakamkan aksi Ram bermeditasi selama 4 hari 4 malam berturut-turut. Krew itu mendapati selama 96 jam secara berterusan, Ram tidak sesekali mengubah posisinya dan tidak minum walau sedikit pun cecair dan juga tidak menjamah walau sedikit pun makanan. Pemeriksaan yang dilakukan dengan kaedah ‘close-up’ kamera juga mendapati tiada bekalan makanan tersembunyi mahupun paip yang menyalurkan air di perdu pokok itu.
Mereka akhirnya membuat kesimpulan bahawa Ram telah mencabar sains moden apabila berterusan bermeditasi dan masih kekal hidup.Menurut seorang saintis di dalam dokumentari yang bertajuk 'The Boy With Divine Powers' itu, manusia normal selalunya mati akibat kegagalan buah pinggang selepas empat hari tanpa meminum sebarang cecair.
Perkara ini terus menerus menjadi perdebatan. Bermeditasi selama 10 bulan tanpa makanan dan minuman adalah perkara yang mustahil untuk berlaku di dunia yang nyata. Ada yang mendakwa semuanya adalah pembohongan semata-mata bagi mengaut keuntungan yang diraih daripada derma penganut Buddha, biarawan dan juga para pengunjung.

Para saintis juga bingung bagaimana Ram boleh kekal hidup tanpa makanan dan minuman sedangkan Guinness Book of Records hanya merekodkan manusia paling lama bertahan boleh hidup tanpa minuman selama 18 hari. Malah pernah berlaku satu insiden dimana seorang pelajar, James Scott hidup tanpa makanan selepas 43 hari tetapi bertahan hidup dengan meminum ais selama tempoh itu.
Para penyokongnya juga mendakwa, Ram pernah dipatuk ular sebanyak dua kali tetapi pulih sepenuhnya dengan sendiri. Seorang pengamal meditasi Buddha juga menyatakan bahawa Ram sudah mencapai tahap tertinggi dalam meditasi iaitu 'Tumo' yang mana Ram berkebolehan memperlahankan kadar metabolismenya, memperlahankan kadar degupan jantung serta boleh hidup secara dorman ataupun seperti haiwan yang berhibernasi ketika musim sejuk.
Seorang doktor dari India menyatakan Ram mendapat tenaga daripada cahaya matahari, namun disangkal oleh saintis barat yang menidakkan keupayaan manusia menghasilkan tenaga dan makanan dengan bersandarkan cahaya matahari seperti tumbuh-tumbuhan menerusi proses fotosintesis. Satu lagi perkara yang dibangkitkan para pengkaji adalah bagaimana Ram boleh mengekalkan suhu badannya iaitu 36.8 darjah selsius, bagi mengelakkan hipotermia yang mana suhu pada waktu malam di kawasan itu boleh menjunam ke 3 darjah selsius.
Walaubagaimanapun, pada 16 Mac 2006, Ram tiba-tiba hilang. Ada yang mendakwa dia melarikan diri ke dalam hutan untuk bermeditasi dan ada juga yang mendakwa dia diculik. Namun, seminggu kemudian Ram muncul kembali. Pada 26 Mac 2007 pula, anggota polis menemui Ram sedang bermeditasi di dalam sebuah lubang sedalam 7 kaki. Wajahnya bersih dan rambutnya seperti baru disisir. Kini Ram sudah berusia 21 tahun. Kisah Ram terus-menerus mencabar sains moden yang tidak dapat dirungkai antara mitos, keajaiban dan misteri.
3 ulasan:
like this....smlm tgk AFC - One Night : A Malaysian Wedding
tq zaid.....ada gak tgk sikit...gmpk wedding tu...
Nice Blog Post !
Post a Comment