Pada zahirnya, Kim Noble kelihatan sama seperti insan-insan yang lain. Dia menjalani rutin hariannya seperti biasa, menguruskan rumah dan membesarkan anak perempuannya di sebuah rumah di pinggir kota London.
Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang Kim Noble, seorang surirumah berusia 45 tahun. Kim mempunyai 20 personaliti yang berbeza-beza yang dijelmakan menerusi tubuhnya yang satu itu. Yang lebih menarik, anaknya Aimee menerima ibunya seadanya dan seakan sudah sebati dengan hampir kesemua personaliti yang pernah ‘ditemuinya’.
Kisah menarik Kim Noble telah mencuri perhatian pihak produksi rancangan Oprah untuk mengundangnya sebagai tetamu di studio. Ketika ditemuramah oleh Oprah Winfrey, Kim menyatakan bahawa Kim sedang tidur dan personaliti yang sedang duduk di sebelah Oprah adalah 'Patricia' yang merupakan personaliti yang paling dominan dalam tubuh Kim Noble. Personaliti 'Patricia' adalah wanita berumur 45 tahun yang mempunyai anak bernama Aimee dan tinggal di London.
Pihak produksi dan bersama penerbit rancangan itu iaitu Kristen, sempat berkunjung ke London untuk merakamkan aksi Kim bertukar-tukar personaliti. Ketika rakaman dimulakan, 'Patricia' sedang ditemubual oleh Kristen dimana Aimee duduk bersebelahan ibunya.
Dalam sekelip mata, 'Patricia' berubah kepada personaliti 'Bonnie', wanita yang pernah mengasuh Aimee. 'Bonnie' terus memandang Aimee dan terus memeluk Aimee dan menciumnya sambil berkata “Sudah lama tidak berjumpa dengan Aimee. Saya pernah menjaganya”. Menurut Aimee, 'Bonnie' merupakan personaliti yang paling jarang untuk muncul.
Tiba-tiba personaliti 'Bonnie' berubah ke personaliti 'Ken', wanita 21 tahun yang agak agresif. Kemudian, 'Ken' berubah menjadi 'Dawn', personaliti yang masih menganggap tahun semasa adalah tahun 1997. 'Dawn' seolah-olah terperangkap dalam masa. 'Dawn' menceritakan dia mempunyai seorang bayi bernama 'Sky' yang telah diambil oleh badan kebajikan. Apabila Kristen bertanya siapakah gadis disebelahnya. 'Dawn' dengan perlahan menjawab, “Ini anak gadis kawan saya”. Jawapan ini menyebabkan Aimee mengalirkan air mata.
Sekelip mata kemudian, personaliti 'Salome' mengambil alih personaliti 'Dawn'. 'Salome' adalah personaliti yang alim dan berpegang teguh pada agama tetapi sering mencemuh jenayah yang dilakukan oleh watak-watak yang tiada siapa pun tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak.
Kristen juga berpeluang menemuramah personaliti 'Ria Pratt', gadis berusia 12 tahun yang tiba-tiba mendominasi tubuh Kim Noble. Ketika ini perlakuan Kim benar seperti kanak-kanak. Dia memegang sekeping gambar lukisannya sambil menepuk-nepuk setiap bucu gambar tersebut.
'Ria Pratt' kemudian berpesan pada Aimee supaya tidak mengambil gula-gula daripada sesiapa sahaja. Menurutnya lagi, gula-gula sememangnya manis tetapi ada muslihat yang menyebabkan orang melakukan kejahatan terhadap dirinya. Gambar lukisan itu memaparkan gambar kanak-kanak dicabul dan dirogol oleh seorang lelaki dewasa yang dilukis sendiri oleh Kim Noble menerusi personaliti 'Ria Pratt'.
Kim Noble sebenarnya sudah menghabiskan masa selama 20 tahun keluar masuk hospital dan pada tahun 1995 dia memulakan terapi dan didiagnosis mempunyai Simptom Gangguan Jati Diri (Dissociative Identity Disorder atau D.I.D). Memorinya berlapis-lapis dan terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana menurut pakar perubatan ianya merupakan mekanisme yang dilakukan oleh otak pengidap D.I.D yang selalunya mempunyai trauma ketika kecil. Secara mudah, ianya seperti seseorang yang normal berada di dalam kuliah, tetapi fikirannya melayang-layang keluar dari dewan kuliah itu. Tetapi Gangguan Jati Diri adalah ke tahap yang lebih ekstrem.
Rancangan Oprah juga pernah mengundang Truddi Chase, 20 tahun yang lalu, dimana wanita tersebut pernah dirogol sejak usia 2 tahun dan didiagnosis mempunyai 92 personaliti. Ketika itu Truddi disahkan pengidap D.I.D yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama Gangguan Personaliti Berganda (Multiple Personality Disorder).
Pada tahun 2004, Kim dan 13 personalitinya, mula berminat dengan seni lukisan dan mendapat sedikit bimbingan daripada pelukis-pelukis di London. Apa yang menakjubkan, lukisan-lukisan Kim menampilkan gaya lukisan, pewarnaan dan tema yang berbeza-beza seolah-olah dilukis oleh 13 individu yang berlainan dengan gaya dan stail melukis yang tersendiri.
'Patricia' misalnya melukis gambar yang berlatar belakang lanskap sebuah gurun. 'Suzy' pula sering melukis gambar seorang ibu yang sedang melutut manakala 'Ria Pratt' dengan lukisan yang seakan orang lidi menghasilkan karya yang menceritakan kesan mendalam trauma seorang kanak-kanak semasa masih kecil.
Oprah juga ada bertanya adakah Kim mempunyai emel untuk berhubung dengan ahli terapinya. Kim menjawab, “Ya. Kami ada emel. Setiap seorang ada emel yang berbeza-beza. Saya tidak dapat membuka emel-emel mereka sebab saya tidak tahu kata laluan emel mereka. Ahli terapi kami menghantarkan emel kepada kami semua”.
Kim Noble juga pernah diwawancara oleh seorang wartawan British. Wartawan itu menjalankan temuramah secara bersiri untuk berjumpa dengan seberapa banyak personaliti dalam diri Kim.
Menurut wartawan itu, personaliti 'Judy' yang berusia 15 tahun menganggap ahli terapi adalah gila dan tidak mempercayai dia mengalami D.I.D. 'Judy' juga menganggap Kim adalah seorang ibu yang teruk. Pernah sekali, 'Judy' makan bersama dengan wartawan itu, kemudian dia meninggalkan tempat tersebut dan buat seketika dia berpaling dan menjelma sebagai 'Patricia'. Wartawan itu menjelaskan pada 'Patricia', dia baru sahaja berbual dengan 'Judy'. 'Patricia' kemudian berkata, “Dia dah makan kesemuanya. Adakah keadaannya baik?”.
Kim juga pernah menukar pakaian sebanyak lima kali pada suatu pagi apabila secara mendadak dia bertukar-tukar personaliti dan kesemua personalitinya mempunyai citarasa fesyen yang berbeza-beza. Dia juga sering kehilangan barangan apabila personalitinya yang lain meletakkan barang kepunyaan sesuka hati. Kim juga pernah menampalkan nota untuk dibaca oleh personaliti-personalitinya tetapi jawapan yang diterima adalah “Jangan sibuk hal orang lain!”
“Saya tidak ingat apa yang berlaku di antara personaliti itu, jadi apabila saya ‘kembali’ saya tidak tahu apa yang telah berlaku disekeliling saya. Cara terbaik adalah melihat kembali hasil lukisan saya ataupun bertanya pada Aimee”, kata Kim pada wartawan itu.
Apapun, Kim Noble harus berbangga. Disebalik gangguan itu dan kesan trauma pada masa lampau serta sering bertukar-tukar menjadi 'Patricia', 'Judy', 'Suzy', 'Hayley', 'MJ', 'Ria Pratt', 'Salome', 'Bonnie' dan lain-lain personaliti, dia diberi anugerah bakat melukis yang mana dia sudah pun menghasilkan lebih 200 lukisan dan telah mengadakan 17 pameran solo serta beberapa pameran berkumpulan dan menjadi artis residen pertama di Springfield University Hospital di Tooting, bahagian barat daya London.
Nota : Artikel ini ditulis oleh sagahayat berdasarkan intipati rancangan Oprah yang menjemput Kim Noble sebagai tetamu. Terdapat juga sebuah filem Hollywood yang berjudul ‘Identity’, adaptasi daripada sebuah buku yang memaparkan kisah pesakit D.I.D yang mempunyai 10 identiti atau personaliti seperti seorang pelacur, wanita yang murung, penjenayah, budak lelaki yang kejam, selebriti dan macam-macam personaliti yang lain.

0 ulasan:
Post a Comment