Wednesday, March 9, 2011

MENTADAK MENTADU, BAGAIMANA AKU TIDUR?

Mentadak mentadu, bagaimana aku tidur? Begitulah pertanyaan seorang budak kecil pada serangga itu. Kemudian dia bertanya lagi pada mentadak mentadu bagaimana gaya kawan-kawan sekelilingnya tidur. Serangga itu bergerak-gerak dan kemudian berhenti dan semua yang ada disitu tertawa.

Sebenarnya tiada jawapan khusus yang boleh mengiakan permainan budak kecil itu yang menyamakan aksi mentadak mentadu dengan gaya tidur seseorang. Sama seperti manusia, kebanyakan haiwan juga tidur tetapi tempoh lenanya agak berbeza dan mempunyai ciri yang unik dan istimewa.

Tahukah anda, semut tidak pernah sesekali tidur. Gorila boleh tidur selama 14 jam sehari manakala beruang panda pula boleh menghabiskan masa selama 20 jam sehari hanya untuk tidur. Ikan lumba-lumba pula tidur dengan sebelah mata terbuka dan uniknya zirafah serta kuda tidur dalam keadaan berdiri. Yang paling menakjubkan, siput boleh tidur berterusan selama 3 tahun!

Gambar-gambar dibawah adalah sebahagian gambar yang merakamkan bagaimana aksi atau gaya sesetengah haiwan sedang lena tidur.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...