Dengan berketinggian 828 meter, Burj Khalifa di Dubai mencakar langit biru Amiriah Arab Bersatu, sekali gus menjadi struktur binaan manusia yang tertinggi di muka bumi. Bukan sekadar itu, Burj Khalifa turut memegang rekod sebagai dek pemerhati tertinggi di dunia (di atas puncak di tingkat 124), perkhidmatan elevator tertinggi di dunia ( bergerak ke ketinggian 504 meter) dan penggunaan lantai tertinggi di dunia ( melebihi 550 meter dari aras bumi).
Burj Khalifa dibina dengan menggunakan 330, 000 meter padu konkrit, 39,000 tan keluli dan 142, 000 meter persegi kaca. Dianggarkan seramai 12,000 manusia boleh menetap dan bekerja dalam struktur mega itu dalam satu-satu masa. Jom kita lihat sebahagian gambar-gambar yang dirakam ketika perasmian bangunan ini.
0 ulasan:
Post a Comment