Liu Bolin merupakan seorang artis yang dilahirkan di Shandong, China pada tahun 1973. Dia seorang artis yang berbakat dan pernah menuntut di Jabatan Arca di Central Academy of Fine Arts di Beijing.
Ada sesuatu yang menarik mengenai lelaki bernama Liu Bolin ini. Dia lebih dikenali dengan gelaran ‘Lelaki Halimunan’. Bolin mempunyai cara tersendiri untuk berkarya. Dia mengecat badannya untuk menyamai latar belakang sekelilingnya, kemudian gambar diambil dan hasilnya adalah Bolin kelihatan seperti seorang halimunan dalam sesebuah foto.
Dia menghabiskan masa selama 10 jam untuk menjayakan satu foto semata-mata untuk memastikan karyanya menepati mutu yang dikehendaki dan kelihatan sempurna. Sehinggakan kebanyakan orang yang lalu lalang di tempat dia berkarya, tidak perasan dia berada disitu melainkan jika dia bergerak. Segalanya bermula apabila studio miliknya ditutup oleh pihak kerajaan dan kerajaan seolah-olah tidak menghargai artis di republik itu. Bolin mula memprotes dengan mengecat badannya dan dengan disertai beberapa rakan artis yang lain, Bolin meneruskan siri karyanya yang dipanggil ‘Hiding in The City’. Mungkin karya Bolin adalah sindiran lembut kepada pihak kerajaan yang tidak menjaga kebajikan para artis dan memandang artis di China seakan halimunan.
Sagahayat.blogspot.com adalah blog berbahasa melayu. Saga bermaksud kisah manakala hayat bermaksud hidup. Sagahayat adalah blog mengenai pengalaman hidup, pengkongsian informasi, pendapat tentang isu serta kembara & rekreasi. Setiap catatan yang diterbitkan sengaja ditulis dengan gaya penulisan artikel akhbar ataupun majalah. Sagahayat umpama majalah dalam blog.
YANG KURIK KUNDI, YANG MERAH SAGA, YANG BAIK BUDI, YANG INDAH BAHASA
Hampir keseluruhan artikel ataupun catatan di dalam blog ini ditulis sendiri oleh Sagahayat berpandukan bahan rujukan buku, majalah, emel, rancangan televisyen, akhbar, laman web dan sebagainya. Kembara, rekreasi dan pengalaman pula ditulis berdasarkan pengalaman Sagahayat sendiri. Fakta yang ditulis dan diterbitkan tidak sama sekali dipesong. Kisah benar pula ditulis dan diolah suai mengikut imaginasi penulis tanpa sama sekali mengubah rentetan cerita atau fakta yang terdapat dalam artikel itu. Sekiranya anda terbaca catatan yang boleh dikatakan diplagiat daripada blog anda, anda berhak menghubungi saya di emel sagahayat@gmail.com supaya saya dapat membuang atau mengedit catatan tersebut. Terima kasih.
0 ulasan:
Post a Comment