KEMBAR SANG SURIA

Monday, April 18, 2011

Matahari sememangnya satu, tetapi di Rusia matahari kelihatan seperti mempunyai kembarnya di kaki langit. Fenomena ini digelar Sun Dog lantaran 'matahari tambahan' itu dianggap seperti seekor anjing yang setia pada tuannya iaitu sang suria oleh masyarakat zaman dahulu.

Fenomena matahari berkembar ini turut dikenali dengan panggilan Parhelion. Sebenarnya, matahari berkembar dua atau tiga ini berlaku disebabkan oleh cahaya matahari yang dibengkokkan oleh kristal ais berbentuk heksagon yang berada di langit dengan sudut minimum 22 darjah.

Apapun fenomena sang suria bersama kembarnya ini hanya berlaku ketika matahari di kaki langit, sama ada waktu matahari terbit atau terbenam, dan ianya merupakan sebahagian daripada sejuta keajaiban alam.




2 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...